- HTAR |
|---|
- TAFF |
- IMR |

Metro IVF |
|---|
36, Jalan Pasar, 41400 Klang, Selangor, Malaysia. |
Tel: 603-33412277 |
Fax: 603-33424479 |
inquiry@metro.com.my |
| Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI) |
20 tahun yang lalu, tiada pilihan bagi kes masalah kekurangan bilangan sperma selain mencari penderma sperma atau berdoa agar keajaiban akan berlaku. Tetapi kini terdapat satu kaedah yang dipanggil ICSI untuk membantu pasangan yang mengalami masalah ini bagi mendapatkan zuriat. ICSI adalah teknik yang baru dikembangkan dan telah banyak membantu dalam menangani masalah-masalah seperti oligozoospermia (bilangan sperma yang rendah) dan asthenozoospermia (pergerakan sperma yang lemah). Melalui ICSI, hanya beberapa sperma diperlukan. Satu sperma akan disuntik ke dalam ovum menggunakan mikropipet yang sangat halus. Ovum disenyawakan secara manual melalui ICSI manakala melalui IVF persenyawaan berlaku secara semulajadi.
Indikasi bagi ICSI adalah:
|
|---|

Prosedur ICSI memakan masa dan memerlukan seorang embriologist yang mahir. Peralatan yang diperlukan adalah mikroskop songsang dan pemanipulasi mikro. Keseluruhan proses dijalankan dibawah mikroskop.
Sebelum sperma disuntik ke dalam ovum, ia akan dilumpuhkan dengan cara mencalarkan ekornya. Semasa ingin memasukkan sperma, ovum akan dipegang oleh pipet vakum untuk memastikan ianya pada kedudukan tetap. Mikropipet akan membuat satu lubang di ZP dan seterusnya menembusi sitoplasma dan meninggalkan sperma di dalam sitoplasma. Lubang pada telur akan tertutup perlahan-lahan dan tidak akan menjejaskan perkembangan embrio.








