Ketidaksuburan

Satu daripada 10 pasangan pada hari ini mengalami masalah ketidaksuburan. Ketidaksuburan berlaku apabila terdapat kelemahan pada sistem reproduktif. Satu pasangan didiagnosis mengalami masalah ketidaksuburan sekiranya mereka gagal mencapai kehamilan setelah satu tahun mengamalkan hubungan seks yang teratur sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Sebelum ini, ketidaksuburan merupakan topik yang sensitif dan memalukan. Kaum wanita biasanya dipersalahkan sekiranya gagal mengandung. Statistik menunjukkan 30 % kes ketidaksuburan berpunca dari wanita, 30% lagi dari lelaki, 30 % berpunca dari kedua-dua pasangan dan baki 10% adalah sebab-sebab lain. Walaubagaimanapun, dengan kecanggihan teknologi, terdapat penyelesaian bagi setiap masalah ketidaksuburan.

Sejak kelahiran bayi IVF yang pertama, Louise Brown pada Julai 1978, assisted reproductive techniques (ART) telah melalui pelbagai inovasi. Assisted reproductive techniques (ART) membantu pasangan yang bermasalah untuk mendapatkan zuriat. Terdapat beberapa pilihan rawatan bagi ketidaksuburan iaitu; intrauterine insemination (IUI), in vitro fertilization (IVF), gamete intrafallopian transfer (GIFT) dan intracytoplasmic sperm injection (ICSI). Kesemua rawatan tersebut mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk memberikan ruang dan peluang bagi sperma dan ovum untuk bertemu, bersenyawa seterusnya membentuk embrio.

Langkah pertama adalah dengan menjalani pemeriksaan yang komprehensif. Ini adalah penting sebelum menentukan jenis rawatan yang sesuai. Pemeriksaan adalah penting untuk mencari punca yang menyebabkan pasangan gagal mendapatkan zuriat. Sementara mengenalpasti punca ketidaksuburan, doktor akan memberi terapi ubat-ubatan untuk meningkatkan kesuburan terutamanya bagi wanita. Sekiranya tidak berhasil, doktor akan menyarankan anda menjalani rawatan yang lebih kompleks seperti IUI, IVF, ICSI. Anda perlu bersedia untuk berulang-alik ke hospital lebih kurang 5 ke 15 kali untuk melengkapkan keseluruhan proses dan bergantung kepada jenis rawatan yang anda perlukan.

 

 

Rentetan Perkembangan ART

July 1978 Bayi IVF pertama, Louise Brown, dilahirkan.
1980
Penubuhan Klinik Bourn Hall, Pusat IVF pertama di dunia, oleh Patrick Steptoe dan Robert Edwards.
1984 Bayi pertama hasil pembekuan embrio dilahirkan.
1991 Bayi pertama menjalani PGD dilahirkan.
1992 Bayi ICSI pertama dilahirkan.
Bayi hasil pemindahan blastosista pertama dilahirkan.

Walaubagaimanapun, IVF mula bertapak di Malaysia sejak 15 tahun dahulu. Metro IVF, mula beroperasi pada 1999, dan merupakan pusat IVF pertama di Klang dan bayi IVF pertama selamat dilahirkan pada Mac 2000. Video dibawah menunjukkan rentetan rawatan IVF yang biasa digunakan. Rawatan IVF dibahagikan kepada langkah;

1. controlled ovarian hyperstimulation (COH),
2. oocyte pick-up (OPU),
3. inseminasi dan pengkulturan embrio ,
4. embryo transfer (ET), dan
5. sokongan peleutenan.

 

Bayi IVF pertama Metro IVF dilahirkan pada 2000

Video di atas menunjukkan keseluruhan proses rawatan IVF sehingga kelahiran bayi IVF pertama kami pada tahun 2000. Ibu kepada bayi ini telah memulakan COH pada 28 Jun 1999. OPU dan ET dilakukan pada 26 dan 28 Julai. 2 embrio telah dipindahkan ke dalam uterus. Kantung kehamilan dapat dilihat melalui imbasan ultrabunyi 4 minggu selepas ET. 8 bulan kemudian, seorang bayi perempuan telah dilahirkan melalui pembedahan Caesarean.