Penetasan Bantuan

Setiap embrio diselaputi satu lapisan kapsul nipis dan lutsinar yang dipanggil zona pellucida (ZP). ZP memainkan peranan penting untuk melindungi embrio sebelum mebentuk blastosista. Biasanya, ZP akan terurai di peringkat blastosista untuk membolehkan sel-sel embrio menempel pada dinding endometrium, di dalam uterus. Dalam erti kata lain, sebelum embrio menempel pada dinding endometrium, ia perlu menetas keluar dari ZP.

Kajian menunjukkan, sesetengah wanita mempunyai embrio dengan ZP yang tebal. Ini menyukarkan embrio untuk menetas. Terdapat juga kes-kes di mana embrio tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk mengeluarkan diri dari ZP. Kes-kes sebegini merupakan indikasi bagi penetasan bantuan. Melalui kaedah penetasan bantuan, satu lubang akan dibuat pada ZP untuk membolehkan embryo menetas.

Proses penetasan bantuan memakan masa dan memerlukan mikroskop berteknologi tinggi, pemanipulasi mikro dan embriologist yang berpengalaman. Embrio akan dipegang menggunakan mikro pipet vakum bagi memastikan kedudukannya statik. Lubang pada ZP dihasilkan secara mekanikal, kimia atau laser (lihat video).

Proses penetasan bantuan boleh menyebabkan kecederaan pada embrio (1%), meningkatkan kebarangkalian mendapat kembar seiras dan insiden malformasi pada fetus.