Pengkulturan Blastosista

Blastosista adalah embrio yang telah mencecah usia 5 hari dan mengandungi kira-kira 50-200 sel. Strukturnya adalah lebih kompleks berbanding embrio pada peringkat sebelumnya kerana ianya telah membahagi menjadi 2 jenis sel, trophectoderm (akan berkembang menjadi plasenta dan tisu ekstra-selular) dan jisim sel dalaman (akan berkembang menjadi fetus). Dibahagian tengah blastosista terdapat ruang yang dipenuhi cecair (lihat video). Embrio akan mencapai tahap blastosista sebelum ia menempel pada dinding endometrium.

 

Kebanyakan telur yang disenyawakan akan berkembang sehingga 4 sel (pada hari kedua selepas persenyawaan). Walaubagaimanapun, hanya embrio yang berkualiti dan sihat akan terus berkembang ke peringkat blastosista. Oleh itu, blastosista dianggap sebagai embrio "terpilih" dan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menempel. Penempelan blastosista biasanya berlaku pada hari ke-3 hingga ke-5 selepas persenyawaan. Oleh itu, kejayaan bagi pemindahan yang dijalankan pada hari ke-5 (peringkat blastosista) adalah lebih tinggi berbanding hari ke-2 (embryo 4 sel). Walaubagaimanapun, pengkulturan blastosista adalah berisiko kerana perkembangan embrio mungkin terencat atau terhenti sebelum mencapai peringkat blastosista.

Pemindahan blastosista tidak sesuai untuk semua kes IVF. Ianya tidak praktikal bagi kes-kes yang mempunyai kurang daripada tiga embrio berkualiti. Teknik ini lebih sesuai bagi pasangan yang muda dan mempunyai banyak telur. Indikasi bagi pengkulturan blastosista adalah: