Bagaimana Untuk Meningkatkan Kadar Kejayaan IVF?

 

1.
Elakkan aktiviti fizikal yang berlebihan seperti berlari atau mengangkat barang-barang berat. Anda digalakkan mengamalkan meditasi contohnya yoga untuk menenangkan fikiran dan melancarkan perjalanan darah. Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya.
2.
Jangan mengambil ubat tanpa nasihat doktor terutamanya dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan anda. Ini kerana, ia boleh menjejaskan proses penempelan dan perkembangan embrio.
3.
Pastikan anda menggunakan ubat progesteron (suntikan atau melalui vagina) yang dibekalkan setiap hari kerana progesteron amat penting untuk proses penempelan embrio.
4.
Hentikan pengambilan alkohol dan tabiat merokok sepanjang menjalani rawatan IVF dan juga ketika hamil. Ini kerana, kedua-duanya mengandungi bahan yang boleh meningkatkan risiko keguguran dan kecacatan pada bayi.
5. Minum air secukupnya untuk melancarkan perjalanan darah dan memastikan kesegahan sel.
6.
Sekiranya kerja anda melibatkan aktiviti fizikal yang berat, mendatangkan tekanan, atau memerlukan anda berjalan jauh, anda dinasihatkan untuk mengambil cuti sekurang-kurangnya seminggu selepas pemindahan embrio.
7.
Simpan ubat di tempat dingin (di bawah20°C) untuk mengelakkan kemerosotan keefisienannya.
8.
Elakkan hubungan seks sekurang-kurangnya 3 minggu selepas pemindahan embrio. Ini kerana, semen mengandungi prostaglandin yang menyebabkan uterus mengecut.
9. Dapatkan rawatan di hospital yang berhampiran dengan rumah anda untuk menjimatkan masa berulang-alik dari rumah anda ke hospital.
10.
Dapatkan rawatan secepat mungkin kerana apabila umur meningkat, kualiti ovum dan kadar kejayaan semakin merosot.
11.

Selepas OPU, perhatikan tanda-tanda berikut:

  • Pendarahan vagina, yang biasanya hanya sedikit tompokan dan tidak melebihi 1/4 tuala wanita. Sekiranya pendarahan melebihi 1/4 tuala wanita, sila dapatkan nasihat doktor. (Tel:03-33412277)
  • Ketidakselesaan atau sakit perut yang disebabkan oleh pendarahan pada ovari selepas OPU. Anda boleh memakan paracetamol 650mg untuk melegakan kesakitan. Sekiranya rasa sakit berlarutan, dapatkan nasihat doktor. (Tel:03-33412277)

Kalau anda mematuhi arahan-arahan tersebut, maka anda mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya dalam rawatan IVF.

 

Kadar Kejayaan Metro IVF Tahun 2011

Chemical Pregnancy: Ujian kencing atau darah yang positif

Clinical Pregnancy: Kantung bayi dinampak melalui imbasan bunyi

 

Mengapa Rawatan IVF Gagal?

Bayi IVF pertama, Louise Brown telah dilahirkan pada 25 Julai 1978, sehingga kini lebih 3 juta bayi telah dilahirkan menggunakan IVF. Kadar kejayaan telah meningkat berbanding dahulu. Kini pesakit yang melakukan rawatan IVF adalah lebih ramai yang dapat kehamilan dari tidak. Bagaimanapun masih ada pesakit yang memerlukan kedua atau ketiga kitaran percubaan. Selepas kitaran IVF yang pertama, setiap ukuran perlu diambil kira untuk meningkatkan keberhasilan mengandung untuk kitaran yang seterusnya. Pengenalpastian terhadap faktor-faktor yang berkaitan dengan kitaran IVF akan dapat membantu.

1. Endometrium
 
Untuk endometrium menebal dalam keadaan normal dan bersedia untuk proses penempelan memerlukan pengaliran darah yang mencukupi dalam pembuluh darah, memerlukan paras estrogen yang mencukupi, tidak terdapat kelainan pada uterus seperti fibroid dan keabnormalan kekal. Jika penebalan endometrium adalah tidak berapa bagus kemudian pesakit akan dirawat menggunakan hormone estrogen. Kadangkala endometrium boleh mengalami kecederaan berikutan jangkitan infeksi oleh prosedur D & C. Kemungkinan terdapat perlekatan yang serius antara dinding rahim menyebabkan kawasan tersebut tidak terdapat endometrium. Keadaan perlekatan pada rahim ini serta sindrom Ashermann boleh didiagnosis menggunakan hysterosalpingogram (HSG) or hysteroscopy. Perlekatan tersebut boleh dirawat melalui proses meletakkan IUCD untuk mengelakkan perlekatan. Bagaimanapun, terdapat pesakit yang mempunyai rahim yang normal, aliran darah yang normal, paras estrogen yang bagus dan endometrium yang dapat menebal, tetapi apabila terdapat kecederaan organ pada sesuatu organ menyebabkan endometrium tidak dapat memberi tindak balas pada estrogen.
   
2. Penempalan Embrio
  Menunjukkan bahawa waktu yang terbaik untuk pemindahan embrio adalah pada hari kedua selepas pengeluaran telur. Matlamat utama embryologist semasa pemindahan embrio adalah untuk memilih embrio yang mempunyai peluang yang terbaik untuk menempel dan berkembang menjadi fetus (bayi). Kemungkinan penempelan yang gagal adalah berikutan chromosomal atau keabnormal genetik embryo (Ada yang mengatakan setinggi 50%).
Kriteria yang digunakan embryologist untuk memilih embryo yang benar-benar terbaik adalah seperti; Embryo yang mempunyai 4 sel, Saiz blastomere yang sama, ketidak hadiran pembahagian pada sel dan mempunyai nukleus tunggal.

Diagnosa pra-implantasi genetic (PGD) telah dicadangkan untuk mengenalpasti kelainanan pada embryo sebelum dipindahkan. Bagaimanapun, banyak kajian telah menunjukkan PGD menyebabkan kecederaan pada embryo dan tidak dapat meningkatkan kadar kejayaan IVF. PGD diperlukan apabila seseorang pesakit menderita keguguran atau pasangan mempunyai risiko penyakit keturunan yang mana boleh didiagnosis melalui PGD.
Sebab –sebab yang lain yang boleh memberi kegagalan kepada penempelan ialah gagal semasa proses penetasan. Selalunya embryo akan menetas dan keluar dari zona pellucida pada hari ke 5. Proses akan dimulakan dengan penipisan lapisan dan pembukaan lubang kecil pada zona pellucida yang mana mampu untuk mengeluarkan embrio dan menempel pada endometrium. Proses bantuan penetasan (Assisted Hatching) akan membantu pesakit tersebut yang menghadapi kegagalan penetasan embrio.
   
3. Hormon
  Ia dijangkakan sebanyak 30% masalah ketidaksuburan wanita adalah disebabkan hormon yang tidak seimbang pada sesuatu hormon. Pesakit tersebut yang mempunyai hormon yang tidak seimbang mempunyai ovulasi yang tidak seragam dan pengeluaran darah haid yang tidak seragam juga. Kami boleh mengenalpasti maklumat hormon anda melalui pengukuran paras FSH anda, paras LH anda dan paras progesteron pada hari ke-21 serta paras prolaktin yang boleh diuji pada bila-bila masa sahaja.

Semasa Kitaran IVF, hormon yang tidak seimbang ini boleh diseimbangkan oleh hormon yang tertentu melalui (makan, suntikan atau melalui faraj). Kebanyakkan masalah ketidakseimbangan hormon tersebut adalah disebabkan kekurangan hormon semasa fasa luteal yang boleh meyebabkan kegagalan IVF.

Semasa fasa luteal, jumlah progesterone yang cukup adalah diperlukan untuk kejayaan penempelan. Hormon progesterone akan meningkatkan aliran darah kepada endometrium, peningkatan glycogen untuk membantu memperbaiki embrio, penurunan pengecutan otot rahim dapat membantu merendahkan pergerakan rahim. Endometrium perlu dalam keadaan tenang. Oleh sebab itu, kitaran IVF memerlukan penyokongan progesterone samaada tablet makan, suntikan dan masuk melalui faraj.
   
4. Antibodi
 
Sistem imunisasi atau antibodi dalam badan adalah dicipta untuk melindungi wanita daripada infeksi/jangkitan oleh mikroorganisma. Mikroorganisma yang memasuki badan akan menyerang dan akan dineutralkan oleh lymphocyte atau antibodi yang dapat dihasilkan oleh sistem imunisasi. Sistem imunisasi diperlukan untuk mengawal infeksi/jangkitan. Selalunya sistem imunisasi seharusnya tidak patut bertindak balas kepada embrio yang mana sedang menempel pada endometrium. Sesetengah kes, immunologikal yang komplex akan bertindak antara sel-sel imunisasi wanita dipanggil sel NK (pembunuh semulajadi) dan embryo, akan memberi kesan terhadap kerosakan pada blastomere dan menggagalkan penempelan. Terdapat juga antibodi yang dihasilkan dari B lymphocyte dan beredar keseluruhan tisu-tisu badan dan bertindak balas keatas embrio dan pada endometrium badan sendiri menyebabkan keguguran pada kitaran IVF.
   
5. Tekanan
 
Kitaran IVF adalah sesuatu yang boleh memberi tekanan dan jika ada perkara lain yang berlaku dalam hidup anda yang boleh menambah tekanan mungkin akan memberi kesan terhadap sistem imunisasi anda, menyebabkan ketidakseimbangan terhadap hormone dan meningkatkan pengecutan rahim dan pergerakan endometrium. Semua penyebab ini akan menambah tekanan dan boleh mengggagalkan kitaran IVF. Pemahaman yang baik terhadap kitaran IVF, apa yang perlu dijangka dalam kitaran IVF, pasangan yang sentiasa memberi sokongan dengan baik akan menolong menurunkan paras tekanan.

Apa sahaja rutin yang pernah anda lakukan seperti tekanan fizikal seperti aerobic, memanjat gunung, dan melancong ketempat jauh perlu dielakkan semasa prosedur IVF kerana aktiviti ini akan memberi tekanan pada sistem badan dan meningkatkan pergerakan rahim. 
   
6. Diet
 
Berat badan berlebihan, merokok dan meminum alkohol akan memberi kesan terhadap keputusan IVF semasa prosedur IVF dijalankan. Banyak kajian telah menunjukkan wanita yang mempunyai index jisim badan (BMI) yang melebihi 25 mempunyai peningkatan risiko terhadap keguguran kandungan dan kegagalan kitar IVF berbanding berat normal seorang wanita. Merokok dan minum minuman beralkohol juga memberi kesan penempelan endometrium dengan pengaliran darah ke rahim menjadi berkurang. Jika anda ingin mendapatkan rawatan IVF anda perlulah berhenti merokok, berhenti minum minuman beralkohol dan mengawal berat badan jika anda kategori obesiti (gemuk).