![]() |
Metro IVF adalah sebuah pusat kesuburan yang terletak di tepi sungai Klang, bandar Klang, Selangor. Klang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia, 30km dari barat Kuala Lumpur dan 50km dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Perjalanan dengan teksi dari KLIA ke Klang mengambil masa lebih kurang 50 minit. Metro IVF telah terlibat dalam rawatan kesuburan untuk lebih daripada 10 tahun and bayi IVF (bayi tabung uji) yang pertama dilahirkan pada tahun 2000. Kami talah menolong ramai pasangan dari kawasan Klang, negeri lain di Malaysia dan juga negara lain untuk memenuhi hasrat untuk mendapatkan anak sendiri. Pada mulanya kami hanya memberikan perkhidmatan IUI dan IVF dan kemudiannyan kami menambahkan perkhidmatan untuk ICSI, sejukbeku sperma dan embryo dan pengkulturan blastosista. Kami memberikan perkhidmatan IVF pada harga yang berpatutan kepada orang ramai. Pesakit kami termasuk pelanggan tempatan dan pelanggan antarabangsa. Metro IVF diuruskan oleh kumpulan doktor yang berpengalaman dan diiktiraf, embryologist yang terlatih dan berpengalaman, jururawat yang penyayang dan kakitangan sokongan. Mision kami adalah mengekalkan kawalan kualiti yang ketat dan jaminan kualiti dalam bilik prosedur dan makmal IVF untuk memastikan standard yang tinggi supaya mencapai kadar kejayaan tinggi. Setiap kakitangan kami bersedia untuk membantu.
|