Pemeriksaan Kesuburan

 

Pemeriksaan terhadap pasangan yang mengalami masalah kesuburan adalah bertujuan untuk menentukan punca ketidaksuburan bagi membolehkan doktor menentukan jenis rawatan yang terbaik bagi pasangan trsebut. Punca ketidaksuburan mungkin berpunca dari suami, isteri atau kedua-duanya. Oleh itu, pemeriksaan perlu melibatkan kerjasama kedua-dua belah pihak.

 

Selepas menjalani pemeriksaan yang komprehensif, kebanyakan pasangan berjaya untuk mendapat zuriat masing-masing. Anda tidak seharusnya berlengah untuk mendapatkan pemeriksaan kerana peluang untuk mendapat anak berkurang apabila usia semakin meningkat. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda telah;

a)      mencuba selama 1 tahun dan berusia kurang daripada 30 tahun

b)      mencuba selama 6 bulan dan berusia antara 30-34 tahun

c)      mencuba selama 3 bulan dan berusia 35 tahun ke atas

 

Pemeriksaan kesuburan

 

Pemeriksaan kesuburan termasuk:

1. Latar belakang perubatan
2. Imbasan ultrabunyi
3. Ujian darah
4. Ultrasonicsalpingiogram
5. Laparoskopi
6. Analisis semen