Ultrasonicsalpingiogram

 

Ultrasonicsalphingiogram merupakan satu prosedur pesakit luar yang digunakan untuk melihat paten tiub fallopio dan menentukan sama ada ia tersumbat atau tidak. Prosedur ini dijalankan dengan memasukkan cecair yang berketumpatan tinggi ke dalam ruang uterus. Sekiranya tiub fallopio tidak tersumbat, cecair ini akan mengalir keluar melalui tiub fallopio dan memenuhi ruang adnexa (bersebelahan uterus) dan poket douglas (ruang kosong diantara uterus dan rektum). Anda akan berasa tidak selesa di bahagian pelvis selepas ujian ini sekiranya anda tidak mempunyai masalah tiub tersumbat.

 

Kelebihan ultrasonicsalpingiogram berbanding hysterosalpingiogram (HSG) dan laparoskopi adalah, ia tidak melibatkan radiasi dan surgeri.