- HTAR |
|---|
- TAFF |
- IMR |

Metro IVF |
|---|
36, Jalan Pasar, 41400 Klang, Selangor, Malaysia. |
Tel: 603-33412277 |
Fax: 603-33424479 |
inquiry@metro.com.my |
| Pendermaan |
(a) Pendermaan telur (ovum)
Dalam kes pendermaan telur, telur diperolehi daripada penderma dan kemudian disenyawakan dengan sperma dari pasangan penerima. Wanita yang mengalami masalah berikut perlu mempertimbangkan untuk mencari penderma:
|
|---|
Penderma telur akan menjalani COH seperti rawatan IVF, manakala penerima akan menjalani terapi hormon bagi menyediakan endometrium untuk menerima embrio. Dalam erti kata lain, endometrium penerima mestilah selaras dengan pendermanya. Sekiranya kitaran haid mereka tidak selaras, embrio yang dihasilkan akan disejukbekukan terlebih dahulu sehingga endometrium penerima telah bersedia untuk menerima embrio. Selepas pemindahan embrio, penerima akan dibekalkan dengan ubat untuk sokongan peleutenan.
Klik sini untuk video yang lebih besar
(b) Pendermaan Sperma
Pendermaan sperma diaplikasikan bagi lelaki yang mempunyai masalah azoospermia (tiada sperma) atau mempunyai penyakit keturunan. Sperma dari penderma akan diproses sebelum digunakan untuk IUI atau IVF.
Metro IVF sedang mencari penderma telur dan sperma. Kami mengalu-alukan individu berusia 35 tahun ke bawah dan sihat tubuh badan untuk menderma. Pemeriksaan perubatan akan dijalankan untuk memastikan kesesuaian anda sebagai penderma. Untuk maklumat lanjut sila hubungi embryologist kami, Ms Lee atau Ms Nurol, di talian 03-33412277.








