- HTAR |
|---|
- TAFF |
- IMR |

Metro IVF |
|---|
36, Jalan Pasar, 41400 Klang, Selangor, Malaysia. |
Tel: 603-33412277 |
Fax: 603-33424479 |
inquiry@metro.com.my |
| Sokongan Peleutenan |
Sebelum penempelan berlaku, dinding endometrium perlu bersedia untuk menerima embrio. Bagi kehamilan semulajadi, korpus luteum akan memainkan peranan penting untuk memastikan endometrium bersedia untuk menerima embrio. Ia akan merembeskan hormon estrogen dan progesteron yang akan menyokong dan menambah ketebalan dinding endometrium supaya embrio boleh menempel padanya.
Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, korpus luteum akan berhenti menghasilkan hormon dan ia akan terurai. Ini akan menyebabkan paras progesteron menurun. Apabila paras progesteron menurun, dinding endometrium akan luruh dan keluar dari vagina sebagai haid. Sekiranya persenyawaan dan penempelan berlaku, blasosista kan merembeskan sejenis hormon dipanggil human chorionic gonadotropin (hCG) dan hormon ini akan memberi isyarat kepada korpus luteum supaya terus membekalkan progesteron untuk mengekalkan ketebalan endometrium. Oleh sebab itu, progesteron amat penting dan ia kekurangan progesteron merupakan punca bagi kegagalan proses penempelan.
Penggunaan gonadotropin releasing hormone (GnRH) agonis in COH untuk rawatan ketidaksuburan boleh menyebabkan gangguan hormon dan paras progesteron yang rendah. Semasa OPU sel-sel granulosa (sel yang mengelilingi telur dan menghasilkan hormon) akan disedut keluar. Ini akan menjejaskan keupayaan korpus luteum untuk menghasilkan progesteron.
Kekurangan progesteron menjejaskan ketebalan endometrium dan juga proses penempelan. Oleh itu, di Metro IVF, pesakit yang menjalani rawatan ini akan dibekalkan dengan progesteron dan hCG dalam bentuk suntikan mahupun pil vagina. Ini dipanggil sebagai sokongan peleutenan. Sokongan peleutenan boleh diambil melalui 3 cara iaitu suntikan, pil oral, atau pil vagina. Berikut adalah contoh-contoh sokongan peleutenan.
| 1. | Cyclogest (pil vagina): 1 biji (400mg), 2 kali sehari |
|---|---|
| 2. | Crinone (gel vagina): 1 kali sehari (90mg) |
| 3. | Utrogestan (pil vagina): 2 biji (100mg), 4 kali sehari |
| 4. | Suntikan Pregnyl: 5000 iu setiap 4 hari |
| 5. | Suntikan Proluton: 1 ampul (250mg) setiap 4 hari |








