Aruhan Ovari

Dalam setiap kitaran haid, perkembangan kira-kira 30 folikel primordial diransang. Walaubagaimanapun, hanya satu folikel yang dominan akan matang dan menjadi folikel Graaf. Folikel Graaf akan merencatkan perkembangan dan menyebabkan kemerosotan folikel-folikel lain. Oleh itu, hanya satu ovum dari folikel Graaf yang akan matang dan diovulasikan.

Dalam satu kitaran aruhan ovari, terapi hormon digunakan untuk meningkatkan perkembangan dan kematangan beberapa folikel untuk mendapatkan lebih banyak folikel Graaf dan ovum yang berkualiti. Dengan ini, beberapa folikel Graaf akan diovulasikan dalam satu kitaran.

Terdapat 2 jenis aruhan ovari:

(a) Ransangan ovari

Ia merupakan rawatan ringkas dimana ovari akan diransang dengan pengambilan pil (clomiphene citrate) secara oral untuk meransang penghasilan lebih banyak telur dan seterusnya pesakit digalakkan mengadakan hubungan seks pada tarikh dijangka berlakunya ovulasi. Rawatan iIni adalah alternatif terbaik bagi wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon contohnya PCOS (polycystic ovarian syndrome).

Dalam rawatan ini, clomiphene citrate perlu diambil dari hari ke-3 hingga hari ke-7 haid. Penjejakan folikel melalui imbasan transvagina yang dilakukan setiap 2 hari bermula pada hari ke-12 untuk memantau pertumbuhan folikel. Di Metro IVF, telur yang dianggap matang adalah telur yang telah mencapai saiz 18mm. Apabila telur matang, pasangan dinasihatkan untuk mengadakan seks atau menjalani IUI sekiranya perlu. Selepas 2 minggu, ujian kehamilan boleh dijalankan untuk menentukan kehamilan.

 

(b) Controlled ovarian hyperstimulation (COH)

COH dirangka bagi rawatan IVF dan ICSI. In COH, GnRH (gonadotropin releasing hormone) agonist or antagonist digunakan untuk merencat penghasilan LH (lutenizing hormone) di dalam badan, kerana kenaikan paras LH yang mendadak akan menjejaskan kualiti ovum dan kadar kehamilan. Seterusnya pesakit akan diberi suntikan hormon FSH (follicle stimulating hormone) untuk meransang perkembangan dan kematangan beberapa folikel. Apabila folikel mencapai saiz optimum iaitu 18mm, ovulasi akan diaruh melalui suntikan hCG (human chorionic gonadotropin). Fungsi hCG adalah seakan-akan LH. Apabila paras LH telah melebihi hadnya, ovum akan menyempurnakan fasa Meiosis I seterusnya diovulasikan. Hanya ovum yang benar-benar matang boleh disenyawakan oleh sperma.

Terdapat 3 protokol for COH, iaitu protokol panjang, protokol pendek dan protokol antagonis. Protokol panjang diaplikasikan terhadap wanita yang lebih muda dan menunjukkan tindakbalas yang baik; Protokol pendek diaplikasikan terhadap wanita yang lebih berumur dan menunjukkan tindakbalas yang kurang memberansangkan; Protokol antagonis pula diaplikasikan terhadap wanita yang berisiko mendapat ovarian hyperstimulation syndrome (OHSS). OHSS adalah suatu keadaan yang disebabkan oleh tindakbalas ovari yang keterlaluan terhadap ubat-ubatan yand diberi dan menyebabkan perkembangan banyak folikel. Tanda-tanda OHSS termasuk sakit di bahagian abdomen, cirit-birit, loya dan muntah-muntah, kembung perut dan kesukaran bernafas. Komplikasi akibat OHSS tidak sepatutnya dipandang ringan kerana ia boleh mengancam nyawa.

Dalam protokol panjang, suntikan GnRH agonis diambil setiap pagi bermula pada hari ke-21 kitaran haid. Pada hari pertama haid kitar berikutnya, dos yang diambil akan dikurangkan kepada separuh dan pengambilan mesti diteruskan sehingga suntikan hCG diberi. Ujian darah dibuat pada hari kedua untuk menentukan paras progesteron. Suntikan FSH perlu diambil pada setiap malam bermula pada hari ke-3 sehingga suntikan hCG diberi. Penjejakan folikel is dilakukan setiap 2 hari untuk memantau pertumbuhan folikel. Satu lagi ujian darah akan dilakukan pada hari ke-9 untuk mengukur paras estradiol. Apabila folikel telah mencapai 18mm, suntikan hCG diberi untuk mencetuskan ovulasi. Di Metro IVF, suntikan hCG biasanya diberi pada pukul 12 malam dan OPU dijalankan 2 hari berikutnya (lebih kurang 34 jam selepas suntikan hCG).

Dalam protokol pendek, ujian hormon dilakukan pada hari ke-2 untuk mengukur paras progesterone. Pada hari yang sama, suntikan GnRH agonis bermula setiap hari pada waktu pagi sehingga suntiken hCG diberi. Suntikan FSH diberi setiap hari pada waktu malam bermula hari ke-3 sehingga suntikan hCG diberi. Bermula dari hari ke-7 penjejakan dilakukan setiap hari untuk memantau pertumbuhan folikel. Satu lagi ujian hormon dilakukan pada hari ke-9 untuk menentukan paras estrodiol. Apabila saiz folikel mencecah 18mm, suntikan hCG diberi untuk mematangkan ovum dan meransang ovulasi. OPU berlansung 34 jam berikutnya.

Dalam protokol antagonis, ujian hormon dilakukan pada hari ke-2 untuk mengukur paras progesteron. Suntikan FSH perlu diambil setiap hari bermula pada hari ke-3 sehingga suntikan hCG diberi. Penjejakan folikeldilakukan setiap 2 hari bermula dari hari ke-7 untuk memantau perkembangan folikel. Apabila folikel mencapai saiz 14mm, suntikan GnRH antagonis bermula sehingga suntikan hCG diberi. Satu lagi ujian darah dilakukan pada hari ke-9 untuk menentukan paras estrodiol. Apabila folikel telah mencapai saiz 18mm, suntikan hCG diberi untuk is mematangkan telur dan meransang ovulasi. OPU berlansung 34 jam berikutnya.