- HTAR |
|---|
- TAFF |
- IMR |

Metro IVF |
|---|
36, Jalan Pasar, 41400 Klang, Selangor, Malaysia. |
Tel: 603-33412277 |
Fax: 603-33424479 |
inquiry@metro.com.my |
| Surgeri Pengumpulan Sperma (PESA, MESA, TESE) |
Ia merupakan prosedur harian yang melibatkan pembedahan kecil untuk mengumpulkan sperma dari vas deferans, epididymis atau testis. Ubat pelali atau bius keseluruhan akan digunakan semasa prosedur dijalankan. Pengumpulan sperma melalui kaedah pembedahan adalah bermanfaat bagi lelaki yang vas deferens atau epididymisnya tersumbat. Sperma yang diperolehi dari kaedah ini adalah sperma-sperma yang belum matang dan ianya tidak berupaya untuk mensenyawakan telur secara semulajadi. Oleh itu, sperma yang diperolehi dari kaedah ini akan disenyawakan secara ICSI
Terdapat 3 kaedah pembedahan iaitu percutaneous sperm aspiration (PESA), micro-epididymal sperm aspiration (MESA) dan testicular sperm extraction (TESE). Pilihan rawatan adalah bergantung kepada keadaan individu.
PESA merupakan pilihan pertama bagi lelaki yang mempunyai masalah azoospermia. Prosedur ini digemari kerana ianya ringkas, tidak menyakitkan dan tidak melibatkan sebarang insisi. Dalam kaedah ini, satu jarum halus akan dimasukkan ke dalam epididymis melalui skrotum dan cecair di dalam epididimis akan disedut perlahan-lahan. bius setempat akan diberi semasa prosedur. Cecair yang diperolehi seterusnya akan dianalisis kandungan sperma serta kualitinya. Sel-sel sperma ini akan digunakan untuk ICSI.
MESA merupakan rwatan pembedahan mikro dimana satu insisi pada skrotum sehingga lapisan epididimis. Prosedur ini memerlukan bius keseluruhan. Kandungan sperma di dalam cecair yang diperolehi akan dianalisa. Prosedur ini lebih agresif berbanding PESA tetapi bilangan sperma yang diperolehi adalah lebih banyak berbanding PESA. Sekiranya tiada sperma dijumpai didalam cecair epididimal, pilihan seterusnya adalah TESE.
TESE melibatkan biopsi dibahagian testis. Satu insisi dibuat pada testis dan sedikit tisu testis akan diambil. Prosedur ini memerlukan bius keseluruhan. Pembengkakan di bahagian terlibat mungkin berlaku dan pesakit mungkin berasa tidak selesa untuk beberapa hari.








