Ibu tumpang

Ibu tumpang telah wujud lama dahulu sebelum kewujudan ART. Sebelum ini ibu tumpang dipraktikkan secara semulajadi dan ianya merupakan satu-satunya cara untuk membantu pasangan bermasalah. Semenjak inseminasi bantuan diperkenalkan, ibu tumpang lebih diterima dikalangan masyarakat di mana, sperma pasangan penerima akan dimasukkan ke dalam rahim ibu tumpang . Dalam kes ini, bayi yang dilahirkan tidak mempunyai genetik yang sama dengan pasangan lelaki tersebut.

Walaubagaimanapun, kini pasangan yang mengalami masalah ini boleh menyumbangkan kedua-dua telur dan sperma untuk disenyawakan. Kemudian, embrio yang terbentuk akan dimasukkan ke dalam uterus ibu tumpang dan beliau akan mengandungkan bayi tesebut selama 9 bulan. Selepas bersalin, bayi ini akan diserahkan semula kepada ibu dan bapa kandungnya.

Berikut merupakan indikasi bagi ibu tumpang:

  • keguguran yang berulang
  • ketiadaan uterus
  • status kesihatan yang boleh mengancam nyawa sekiranya wanita tersebut mengandung.

Biasanya IVF dipraktikkan bagi kes ibu tumpang. Pasangan yang bermasalah akan menjalani rawatan sehingga embrio terbentuk dan sedia untuk dipindahkan. Seterusnya embrio ini akan dimasukkan ke dalam uterus ib tumpang (lihat video). Sebelum pemindahan dilakukan, doktor akan memberi terapi hormon kepada ibu tumpang unuk memastikan endometrium bersedia untuk menerima embrio. Sekiranya kitar haid ibu tumpang tidak dapat diselaraskan dengan ibu kandung, embrio tersebut akan dipindahkan terlebih dahulu sebelum dipindahkan.

Ibu tumpang boleh terdiri daripada saudara mara terdekat, sahabat handai atau sesiapa sahaja. Status kesihatan mereka perlu diperiksa supaya tidak akan menyebarkan penyakit berjangkit dan yang paling penting mampu mengandungkan bayi sehingga cukup bulan.

Ibu tumpang masih menjadi kontroversi dan sesetengah negara mengharamkan prosedur ini.

(Perhatian: Ini untuk informasi sahaja, kami tidak menyediakan perkhidmatan ibu tumpang.)