Kakitangan

Metro IVF terdiri daripada doktor-doktor berpengalaman dan diiktiraf, embryologist yang terlatih, jururawat-jururawat dan kakitangan sokongan.

The Doctors The Embryologists The Nurses

Dr. Tee S.P. (Medical Director). MBBS (Malaya), DRM (M'sia), MRCOG, BSc Hons (Portsmouth), MBA (UTAR)

Ms. Lee Sim Yee BSc Hons (UM)

Sr. Wong Pei Chin SRN, CM

Dr. Gavin Yong Kok Weng MBBS (Manipal), MMed (USM) Ms. Nurol Faaidzah Hassan BSc Hons (UNISEL) S/N Siti Mariam SRN
Dr. P. Nathan MBBS (Malaya), FRCS (ED), FRCS (IRE), FICS

Ms. Gladys Guan Chin Tyan BSc Hons (UKM)

S/N Nurul Suhada SRN
Dr. Kong Lan Moon    
Dr. Wong Kian Yew    
Dr. Elizebeth Thomas
Dr. Augustine Pushpanathan
Dr. Jason Chan Nyuk Leong    
Dr. Maslinor Ismail    

Setiap kakitangan di Metro IVF bersedia untuk mendengar masalah anda, memberi sokongan fizikal dan emosional dan memenuhi keperluan IVF anda.

bacd

Pengarah Perubatan Metro

DR TEE S.P.
MBBS(Malaya), MRCOG(UK), DRM(M‘sia), BSc Hons. (Portsmouths), MBA(UTAR)
Consultant Obstetrician & Gynaecologist Specialis
t

Dr Tee berkelulusan doktor perubatan dari Universiti Malaya dalam tahun 1982 dan telah mendapatkan kelayakan kepakaran dalam bidang perubatannya pada tahun 1989 selepas menjalani latihan di Universiti Oxford, UK. Kini, dia telah mengamalkan bidang kepakaran dalam Obstetrik dan Ginekologi dan Pakar dalam merawat masalah kesuburan di sekitar lembah klang.

Beliau telah memulakan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Malaya antara tahun 1977 dan 1982. Selepas menyelesaikan intensif di Hospital Besar Kota Bharu, Kelantan, beliau telah melanjutkan latihan dalam bidang obstetrik dan ginekologi di Hospital Besar Seremban dan Universiti Kebangsaan, KL. Beliau telah menjalani latihan terakhir di Hospital John Racliffe, University Oxford, UK dimana beliau memperolehi kelayakan sebagai pakar dari MRCOG. Beliau telah tersenarai sebagai ahli Royal College of Obstetrician and Gynaecologist pada tahun 1989.

Selepas mendapat kelayakan sebagai pakar, Dr Tee telah berkhidmat sebagai pakar obstetrik dan ginekologi di Hospital Besar Klang dan Hospital Besar KL dan selepas itu menjadi konsultan berkala dalam bidang obstetrik dan ginekologi di Hospital Assunta. Beliau telah membantu mengiktiraf Hospital Metro di Klang dan Hospital Metro di Banting. Pada tahun 1999, beliau telah membuka perkhidmatan IVF di Hospital Metro di Klang dan telah mendapat kejayaan IVF pertama yang hamil dan melahirkan zuriat pada 4 hari bulan Mac tahun 2000.
Dari Mac 2000 : bayi IVF pertama
Dari April 2000 : bayi pendermaan telur pertama
Dari November 2004 : Bayi ICSI pertama
Dari December 2004 : Bayi pembekuan embryo.

Menguruskan pesakit yang mempunyai masalah obstetrik, terutama dalam masalah kesuburan tidak hanya tertumpu kepada pesakit sahaja tetapi juga melibatkan si suami, kepercayaan dan keperluan mereka, serta masa yang sesuai dan sumber kewangan, kadangkala alam pekerjaan dan kerjasama pihak keluarga pesakit, doktor merawat , pakar ginekologi yang lain dan komuniti sekeliling juga diambil kira. Oleh sebab itu, Dr Tee telah melanjutkan pengajiannya dalam bidang rawatan kesuburan serta bidang-bidang lain yang dapat membantu beliau membentuk pasukan kerja perubatan yang boleh memberi perkhidmatan IVF secara efisyen dan efektif yang mana sesuai kepada setiap individu pesakit dan mengekalkan kadar kejayaan kehamilan.

Kemudian beliau telah melanjutkan pendidikannya dan memperolehi Diploma lanjutan dalam Perubatan Reproduktif dari LPPKN melalui kerjasama dengan Program John Hopskins untuk pendidikan antarabangsa dalam bidang obstetrik dan ginekologi. Beliau juga telah memperolehi ijazah sarjana muda dalam komputer sains dari Universiti Portsmouths dan Sarjana dari Universiti UTAR dalam bidang pengurusan perniagaan.
Beliau turut menjadi pensyarah untuk pelajar lanjutan bagi Persatuan Australia dalam bidang perubatan dan ultrabunyi di Vision Kolej (subjek obstetrik dan ginekologi).

Pada tahun 2008, beliau telah bekerjasama dengan Unit Perubatan Reproduktif, bahagian Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dalam program kerjasama (Shared Care Programme) untuk memberikan perkhidmatan IVF kepada pasangan sekitar komuniti klang yang menghadapi masalah kesuburan. Program ini membolehkan pasangan tidak subur memdapat rawatan IVF dengan harga yang berpatutan.

Pada bulan Jun 2010, beliau dan warga kerja Metro IVF telah membuka sebuah klinik di KL untuk meluaskan lagi perkhidmatan dan memudahkan pesakit di KL mendapatkan rawatan. Kadar kejayaan IVF adalah menggalakkan.

Lebih banyak berita tentang pengarah