Testimonial

 

Kami telah menghabiskan banyak wang untuk rawatan kesuburan sehingga kami hampir berputus asa. Mujurlah kami menemui Metro IVF. Kos yang ditawarkan adalah jauh lebih berpatutan. Kami sangat gembira kerana akhirnya mampu mempunyai zuriat sendiri.

Chong GC, PJ, 2005

 

Saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan di Metro IVF. Doktor-doktor di sini sangat banyak membantu kami. Sokongan dan tunjuk ajar mereka telah membantu kami menangani stres ketika menjalani rawatan IVF. Akhirnya isteri saya telah hamil anak pertama kami.

Z Zahari, Cheras, 2006

 

Saya sangat gusar semasa memulakan rawatan IVF. Mujurlah saya boleh menghubungi embriologist ketika saya memerlukan. Kesabaran beliau menjawab setiap panggilan dan pertanyaan saya amat saya hargai.

S Awang, Klang, 2006

 

Saya mempunyai jadual kerja yang padat dan masa yang terhad untuk ke klinik. Mujurlah seorang kawan memperkenalkan Metro IVF. Ianya telah menjimatkan banyak masa kerana ia terletak berhampiran.

Yoong YW, Klang, 2006

 

Kami telah mendapat hadiah terbaik sempena Krismas iaitu bayi IVF. Terima kasih Metro IVF atas hadiah yang sangat berharga ini.

S Vedarathinam, Klang, 2006

 

Seorang kawan mencadangkan saya untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan di Metro IVF. Pada mulanya saya agak ragu-ragu tetapi akhirnya saya tertarik dengan perkhidmatan yang mesra serta keputusan yang memberansangkan. Kami pasti akan datang lagi untuk bayi seterusnya.

A Muniandy, Shah Alam, 2007

 

Saya ingin berterima kasih kepasa pasukan Metro IVF diatas sokongan dan bantuan yang berterusan sepanjang saya menjalani rawatan IVF di sini.

Shaw A, Ipoh, 2007

 

Sewaktu kami hadir di Metro IVF, kami ternampak poster kes-kes IVF yang telah berjaya. Sejak itu, kami bertekad untuk mencuba rawatab IVF. Kami tidak pernah menyesal kerana kini kami juga telah berjaya mendapat seorang bayi.  

Joyce Y, Kelantan, 2007

 

Saya gembira kerana rawatan IVF kini boleh dilakukan di Klang. Ia menjimatkan masa kerana tidak perlu lagi memandu ke KL atau PJ untuk mendapatkan rawatan IVF. Perkhidmatannya juga adalah setanding dengan pusat-pusat IVF lain yang pernah saya kunjungi dan yang lebih penting, saya telah mandappat bayi yang ditunggu-tunggu selama ini.

Ang NM, Klang, 2007

 

Sebelum kami memulakan rawatan IVF, embriologist telah menerangkan secara terperinci pelan rawatan dan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian. Ini membuatkan kami lebih yakin dan tenag menjalani rawatan IVF sehingga selesai dan akhirnya berjaya.

Chan HL, JB, 2008

 

Setelah 5 tahun mencuba tetapi masih gagal, saya berasa tidak yakin dan berputus asa. Selepas saya hadir ke Metro IVF Klang, kakitangan di situ banyak memberi motivasi yang saya juga mampu mempunyai anak sendiri. Mereka melayan saya dengan baik sekali.

P Rajah, Ampang, 2008

 

Metro IVF benar-benar menjadikan kehamilan saya sebagai realiti. Mereka telah memenuhi impian kami untuk mendapat anak pertama kami yang kini tellah berusia 8 tahun. Kami sangat terhutang budi. Terima kasih yang tidak terhingga!

Lim SL, Klang, 2008

 

Kami telah menjalani pelbagai rawatan kesuburan dan IUI tetapi menemui jalan buntu. Wwalaubagaimanapun, kakitangan di Metro sentiasa memberi inspirasi untuk kami terus mencuba. Akhirnya kami berjaya. Anak lelaki kami akan menyambut ulangtahun ke-3 April ini.

Leong SL, Banting, 2009

 

Kebanyakan rakan menyarankan kami menjalani rawatan di ibu kota tetapi kami tetap memilih Metro IVF kerana berhampiran dengan rumah kami. Kami telah berjaya pada percubaan pertama.

NA Osman, Klang, 2009

 

Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Tee Swi Peng dan warga kerja IVF diatas perkhidmatan terbaik.

Ros Bt Hairoman, Puchong, 2009