- HTAR |
|---|
- TAFF |
- IMR |

Metro IVF |
|---|
36, Jalan Pasar, 41400 Klang, Selangor, Malaysia. |
Tel: 603-33412277 |
Fax: 603-33424479 |
inquiry@metro.com.my |
| Imbasan Ultrabunyi |
Imbasan ultrabunyi adalah prosedur ringkas untuk mengkaji organ-organ reproduktif. Ia boleh mempamerkan dengan jelas imej uterus, lapisan endometrium dan ovari. Keabnormalan pada organ seperti fibroid, abnormal uterus dan sista ovari juga boleh dikesan melalui imbasan ultrabunyi. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menentukan ovulasi. Sebelum kewujudan imbasan ultrabunyi, ovulasi ditentukan melalui carta suhu badan, perubahan rupabentuk keputihan dan serum progesteron. Melalui kaedah imbasan ultrabunyi, ovulasi ditentukan dengan mengesan korpus luteum yang terhasil selepas ovulasi.
Semasa rawatan kesuburan yang melibatkan ransangan ovari, beberapa siri imbasan dilakukan untuk memantau saiz folikel graaf dan ketebalan dinding endometrium. Kadar tumbesaran folikel ialah 1.5mm sehari. Follicular tracking bermula pada hari ke-9 kitaran haid dan dijalankan setiap 2 hari sehingga telur matang. Biasanya ovum akan matang apabila folikel mencapai saiz 18mm dan ovulasi biasanya berlaku antara hari ke 12 hingga 14.
![]() |
|---|
| Ovari menghasilkan banyak folikel (kantung cecair yang mengandungi telur) setelah menerima ransangan |









