Puasa Dan Kesuburan
Puasa & Kesuburan Dr Salini Suhaila Nasir, Metro IVF Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, sedikit perkongsian buat pasangan TTC yang sedang mencuba untuk hamil. Terdapat beberapa kajian mencadangkan berpuasa mungkin dapat membantu meningkatkan kejayaan kehamilan. Puasa mempunyai banyak kebaikan kepada badan yang bukan sahaja sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi dari sudut kesihatan berupaya mengeluarkan hormon sintetik, membersihkan hati, mengalkalikan aliran darah dan menjana semula proses hormon semulajadi badan. Berpuasa membolehkan semua toksin dikeluarkan dari sel, hormon diseimbangkan semula, hati memetabolismekan sebarang hormon berlebihan seperti xenoestrogen dan kortisol (hormon …