Table of Contents
Peningkatan Isu Ketidaksuburan (Infertility) Lelaki & Wanita di Malaysia: Punca, Pilihan Rawatan, dan Langkah Strategik Menuju Kehamilan
Isu kesuburan di Malaysia semakin meruncing, dengan ramai pasangan menghadapi kesukaran hamil walaupun telah lama mencuba.
Peningkatan masalah Ketidaksuburan (Infertility) di kalangan lelaki dan wanita semakin menjadi isu penting di Malaysia. Ramai pasangan yang telah berkahwin menghadapi kesukaran untuk hamil walaupun telah mencuba dalam tempoh yang lama.
Dengan kemajuan teknologi perubatan seperti IVF (bayi tabung uji) dan ICSI, peluang untuk mendapatkan zuriat kini jauh lebih tinggi berbanding dahulu. Apa yang penting ialah memahami punca sebenar dan mendapatkan rawatan yang tepat pada masanya.
Kadar kesuburan di Malaysia telah menurun secara drastik dalam beberapa dekad, mencerminkan perubahan gaya hidup dan peningkatan cabaran kesuburan (Deparment of Statistics Malaysia, 2023).
Apa Itu Ketidaksuburan (Infertility) ?
Ketidaksuburan (Infertility) rujuk kepada keadaan di mana pasangan tidak berjaya hamil selepas 12 bulan hubungan seks tanpa sebarang perlindungan untuk wanita berumur 35 tahun ke bawah , atau selepas 6 bulan jika wanita berumur 35 tahun ke atas.
Dalam bahasa mudah, pasangan sudah mencuba secara konsisten tetapi kehamilan masih belum berlaku.
Carta pie menunjukkan bahawa kira-kira 1 daripada 6 pasangan di seluruh dunia mengalami masalah kesuburan, menjadikan Ketidaksuburan (Infertility) merupakan salah satu isu kesihatan yang semakin meluas dan relevan (WHO, 2023).
Statistik Ketidaksuburan (Infertility) di Malaysia
Dianggarkan sekitar satu daripada enam pasangan mengalami masalah kesuburan. Faktor lelaki menyumbang hampir separuh daripada kes, namun stigma masyarakat masih beranggapan isu ini hanya berpunca daripada wanita sahaja.
Jika di teliti, kadar kelahiran juga menunjukkan penurunan yang agak drastik dan ketara. Ia berkait rapat dengan kadar ketidaksuburan di Malaysia yang makin meningkat.
Antara punca yang berkait rapat dengan masalah ketidaksuburan di Malaysia ini adalah perubahan gaya hidup moden, termasuk perkahwinan lewat, tekanan kerja, dan penangguhan untuk memiliki anak. Kesemua ini memberi kesan tidak langsung kepada kesuburan.
Di Malaysia, sekitar 10 hingga 15 peratus pasangan menghadapi masalah kesuburan, selari dengan trend global yang semakin meningkat (Prudential Malaysia, 2023).
Punca Ketidaksuburan (Infertility) Wanita (Female Infertility)
Ketidaksuburan (Infertility) wanita biasanya melibatkan gangguan pada ovulasi, struktur sistem reproduktif, faktor umur, dan gaya hidup.
Gangguan ovulasi seperti PCOS dan masalah endokrine yang lain merupakan antara faktor yang paling kerap berlaku. PCOS dan masalah endokrin akan menyebabkan hormon tidak seimbang dan akibatnya kegagalan untuk mencapai ovulasi setiap bulan dan sekali gus menyukarkan kehamilan.
Selain itu, masalah pada rahim, kilang telur (ovari) dan saluran peranakan akibat dari penyakit-penyakit seperti endometriosis, fibroid, atau tiub sumbat dan bengkak antara salah satu faktor yang menybabkan sukar untuk hamil secara semula jadi.
Faktor umur juga memainkan peranan besar. Selepas usia 35 tahun, kesuburan wanita menurun dengan ketara, dan kualiti telur turut terjejas.
Gaya hidup seperti obesiti, merokok, dan tekanan yang tinggi turut menyumbang kepada gangguan hormon dan kesukaran untuk hamil.
Perubahan gaya hidup moden menjadi faktor utama wanita menangguhkan kehamilan, meningkatkan keperluan terhadap pilihan seperti egg freezing (Mills et al., 2011).
Punca Ketidaksuburan (Infertility) Lelaki (Male Infertility)
Ketidaksuburan (Infertility) lelaki sering dikaitkan dengan kualiti sperma yang tidak optimum. Ini termasuk kiraan sperma yang rendah, pergerakan yang lemah, atau bentuk sperma yang abnormal.
Selain itu, masalah hormon seperti testosteron rendah boleh menjejaskan penghasilan sperma. Faktor gaya hidup juga memberi kesan besar, termasuk merokok, pengambilan alkohol, penggunaan steroid, serta pendedahan kepada haba berlebihan.
Dalam sesetengah kes, masalah kesihatan seperti varicocele, jangkitan, atau faktor genetik turut menjadi penyumbang.
Ramai lelaki tidak menyedari kepentingan pemeriksaan awal, sedangkan mereka menyumbang kepada hampir separuh daripada kes Ketidaksuburan (Infertility).
Ketidaksuburan (Infertility) bukan hanya isu wanita — faktor lelaki menyumbang hampir separuh daripada semua kes kesukaran hamil (Department of Statistics Malaysia, 2023).
Bila Perlu Jumpa Doktor Pakar Kesuburan?
Pasangan disarankan mendapatkan pemeriksaan jika kehamilan tidak berlaku selepas setahun mencuba, atau enam bulan bagi wanita berumur 35 tahun ke atas.
Selain itu, tanda seperti haid tidak teratur, sejarah keguguran berulang, atau masalah sperma yang diketahui juga memerlukan penilaian awal oleh pakar.
Diagnosis awal sering kali meningkatkan peluang kejayaan rawatan.
Data tempatan menunjukkan bahawa sehingga 60 peratus analisis sperma di Malaysia mempunyai keabnormalan, menekankan kepentingan pemeriksaan lelaki dalam penilaian kesuburan (Bernama, 2025).
Pilihan Rawatan Kesuburan (Fertility Treatment)
Rawatan kesuburan di Malaysia kini up to date dengan rawatan-rawatan terkini.
Antara rawatan yang boleh di sarankan kepada pasangan kesuburan di malaysia adalah rawatan hormone ovulasi seperti clomid dan letrozole antara rawatan awalan atau yang mudah, namun kadar keberkesanan dan keberjayaan di tidak setinggi iui dan ivf.
IUI adalah pilihan selepas rawatan hormone ovulasi dan cuba bersama normal dengan ubat hormon ovulasi. Iui adalah kaedah memasukkan sperma yang sudah di cuci kedalam rahim isteri dan process persenyawaan itu akan berlaku di saluran peranakan isteri secara semula jadi.
IVF pula melibatkan proses persenyawaan di makmal sebelum embrio dipindahkan ke dalam rahim. Ini merupakan salah satu rawatan paling tinggi kadar keberjayaan dia, terutamanya bagi kes yang lebih kompleks.
Bagi masalah sperma yang serius, teknik ICSI digunakan di mana satu sperma disuntik terus ke dalam telur untuk meningkatkan peluang persenyawaan.
Kadar Kejayaan IVF di Malaysia
Kadar kejayaan IVF secara purata adalah sekitar 30 hingga 50 peratus bagi setiap kitaran, bergantung kepada umur dan keadaan kesihatan pasangan.
Wanita yang lebih muda biasanya mempunyai peluang kejayaan yang lebih tinggi. Oleh itu, faktor masa sangat penting dalam rawatan kesuburan.
Kadar kejayaan IVF sangat dipengaruhi oleh umur wanita, dengan peluang tertinggi dalam kalangan wanita di bawah 35 tahun.
Akses Rawatan Bertaraf Antarabangsa di Malaysia
Malaysia dikenali sebagai salah satu negara di rantau ini yang menawarkan rawatan kesuburan dengan standard tinggi, teknologi moden, dan kepakaran doktor yang berpengalaman.
Ini menjadikan Malaysia pilihan yang dipercayai oleh pesakit tempatan serta sebahagian pesakit antarabangsa yang mencari rawatan berkualiti dengan kos yang lebih berpatutan.
Cara Meningkatkan Peluang Hamil Secara Semula Jadi
Walaupun rawatan perubatan tersedia, perubahan gaya hidup tetap memainkan peranan penting.
Mengekalkan berat badan ideal, mengamalkan pemakanan seimbang, mengambil asid folik, dan mengurus stres adalah langkah asas yang boleh meningkatkan kesuburan.
Mengelakkan rokok dan alkohol juga penting untuk kesihatan reproduktif jangka panjang.
Kesan Emosi Ketidaksuburan (Infertility)
Ketidaksuburan (Infertility) bukan sahaja memberi kesan fizikal tetapi juga emosi. Ramai pasangan mengalami tekanan, kekecewaan, dan tekanan sosial daripada keluarga atau persekitaran.
Sokongan pasangan dan bimbingan daripada pakar kesuburan dapat membantu mengurangkan beban emosi ini dan memberi keyakinan sepanjang rawatan.
Metro IVF: Pilihan Dipercayai di Malaysia
Metro IVF merupakan antara pusat kesuburan yang berpengalaman di Malaysia, dengan lebih 30 tahun dalam bidang ini.
Dengan penggunaan teknologi terkini seperti IVF dan ICSI serta pendekatan rawatan yang diperibadikan, Metro IVF memberi tumpuan kepada keperluan unik setiap pasangan.
Selain rawatan perubatan, sokongan menyeluruh termasuk aspek emosi juga diberikan bagi memastikan perjalanan pesakit lebih tenang dan terarah.
Kesimpulan: Ketidaksuburan (Infertility) Boleh Dirawat
Ketidaksuburan (Infertility) bukanlah satu pengakhiran. Dengan diagnosis yang tepat, rawatan yang sesuai, dan sokongan pakar, ramai pasangan berjaya mencapai impian untuk memiliki zuriat.
Langkah paling penting ialah mendapatkan bantuan awal dan tidak menangguhkan pemeriksaan.
Hubungi Kami
Soalan Lazim (FAQ)
1. Kenapa susah hamil walaupun sudah lama mencuba?
Kesukaran untuk hamil boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti gangguan ovulasi, masalah sperma, tiub fallopio tersumbat, atau faktor umur. Dalam banyak kes, puncanya tidak jelas tanpa pemeriksaan pakar. Oleh itu, jika anda telah mencuba lebih setahun tanpa hasil, adalah disarankan untuk menjalani saringan kesuburan.
2. Adakah Ketidaksuburan (Infertility) hanya berpunca daripada wanita?
Tidak. Kira-kira 40 hingga 50 peratus kes Ketidaksuburan (Infertility) melibatkan faktor lelaki. Ini termasuk kualiti sperma yang rendah, pergerakan sperma lemah, atau masalah hormon. Pemeriksaan kedua-dua pasangan adalah penting untuk diagnosis yang tepat.
3. Bila waktu yang sesuai untuk jumpa pakar kesuburan?
Pasangan disarankan berjumpa pakar jika belum hamil selepas 12 bulan mencuba, atau selepas 6 bulan jika wanita berumur 35 tahun ke atas. Jika terdapat masalah seperti haid tidak teratur atau sejarah keguguran, pemeriksaan awal adalah lebih baik.
4. Apakah tanda-tanda awal Ketidaksuburan (Infertility) wanita?
Antara tanda yang biasa termasuk kitaran haid tidak teratur, haid terlalu sedikit atau terlalu banyak, sakit pelvis kronik, atau sejarah penyakit seperti PCOS dan endometriosis. Namun, ada juga wanita yang tidak menunjukkan sebarang simptom.
5. Bagaimana untuk tahu jika sperma lelaki tidak subur?
Satu-satunya cara yang tepat adalah melalui ujian analisis air mani (semen analysis). Ujian ini menilai kiraan sperma, pergerakan, dan bentuk sperma untuk menentukan tahap kesuburan lelaki.
6. Adakah IVF satu-satunya pilihan untuk Ketidaksuburan (Infertility)?
Tidak semestinya. Rawatan bergantung kepada punca. Sesetengah pasangan hanya memerlukan ubat hormon atau rawatan IUI. IVF biasanya disyorkan untuk kes yang lebih kompleks seperti tiub tersumbat atau masalah sperma yang serius.
7. Berapa kos rawatan IVF di Malaysia?
Kos IVF di Malaysia biasanya berada dalam lingkungan RM15,000 hingga RM30,000 atau lebih, bergantung kepada jenis rawatan dan teknologi yang digunakan. Walaupun ia satu pelaburan, ramai pasangan memilihnya kerana kadar kejayaan yang lebih tinggi.
8. Berapa peratus kejayaan IVF?
Kadar kejayaan IVF secara purata adalah sekitar 30 hingga 50 peratus setiap kitaran. Peluang ini lebih tinggi bagi wanita yang lebih muda dan bergantung kepada keadaan kesihatan serta punca Ketidaksuburan (Infertility).
9. Adakah umur mempengaruhi kesuburan?
Ya, umur adalah salah satu faktor paling penting. Kesuburan wanita menurun dengan ketara selepas usia 35 tahun, manakala kualiti sperma lelaki juga boleh merosot dengan usia. Oleh itu, perancangan awal sangat digalakkan.
10. Bolehkah Ketidaksuburan (Infertility) dirawat secara semula jadi?
Dalam sesetengah kes ringan, perubahan gaya hidup seperti pemakanan sihat, pengurusan stres, dan mengekalkan berat badan ideal boleh membantu meningkatkan kesuburan. Namun, bagi kes yang melibatkan masalah struktur atau hormon, rawatan perubatan tetap diperlukan.
11. Adakah stres boleh menyebabkan susah hamil?
Stres yang berpanjangan boleh mengganggu hormon reproduktif dan menjejaskan ovulasi serta kualiti sperma. Walaupun ia bukan satu-satunya punca, pengurusan emosi adalah penting dalam usaha untuk hamil.
12. Adakah rawatan kesuburan selamat?
Ya, rawatan seperti IUI, IVF, dan ICSI telah digunakan secara meluas di seluruh dunia dan dianggap selamat apabila dilakukan oleh pakar bertauliah. Setiap rawatan akan disesuaikan mengikut keadaan pesakit.
13. Kenapa Malaysia menjadi pilihan untuk rawatan IVF?
Malaysia menawarkan rawatan kesuburan dengan teknologi moden, doktor berpengalaman, serta kos yang lebih kompetitif berbanding banyak negara lain. Ini menjadikannya pilihan yang dipercayai oleh pesakit tempatan dan antarabangsa.
14. Berapa lama proses rawatan IVF mengambil masa?
Satu kitaran IVF biasanya mengambil masa sekitar 4 hingga 6 minggu, termasuk rangsangan hormon, pengambilan telur, persenyawaan, dan pemindahan embrio.
15. Apakah langkah pertama jika ingin mendapatkan rawatan kesuburan?
Langkah pertama ialah menjalani pemeriksaan kesuburan asas bagi kedua-dua pasangan. Ini termasuk ujian hormon untuk wanita dan analisis sperma untuk lelaki. Berdasarkan keputusan ini, pakar akan mencadangkan pelan rawatan yang sesuai.
Langkah Pertama Bermula Di Sini
Ambillah langkah pertama dengan yakin dalam usaha menimang cahaya mata. Hubungi Metro IVF untuk sesi konsultasi dan ketahui pilihan ujian kesuburan yang dirangka mengikut keperluan anda.