Kenapa IVF saya Gagal?Ketahui Punca Sebenar, Berapa Kali Perlu Cuba, dan Cara Terbaik Tingkatkan Peluang Hamil di Malaysia

Table of Contents

Kenapa IVF saya Gagal?

Jangan Putus Asa! Ketahui Punca Sebenar, Berapa Kali Perlu Cuba, dan Cara Terbaik Tingkatkan Peluang Hamil di Malaysia

Rawatan IVF (In Vitro Fertilisation) atau lebih dikenali sebagai bayi tabung uji / program bayi tabung merupakan salah satu kaedah rawatan kesuburan yang menjanjikan keberjayaan yang tinggi berbanding rawatan kesuburan yang lain dan ia semakin mendapat perhatian di Malaysia.

Kebarangkalian untuk hamil secara semula jadi menurun dengan ketara selepas umur 35 tahun, menunjukkan kepentingan mendapatkan rawatan lebih awal (Dunson et al., 2002).

Walaupun IVF menawarkan peluang kehamilan yang lebih tinggi berbanding rawatan lain, ramai pasangan masih tertanya-tanya:

  • Kenapa IVF boleh gagal ?
  • Berapa kali IVF perlu dilakukan untuk memastikan kadar keberjayaan itu tinggi?
  • Apa langkah seterusnya selepas IVF gagal ?
  • Bagaimana meningkatkan peluang kejayaan IVF?

Artikel ini akan menerangkan secara menyeluruh supaya anda dapat memahami realiti rawatan IVF di Malaysia dan membuat keputusan yang lebih yakin.

Kenapa IVF tidak boleh menjamin 100% kehamilan? Ketahui Punca dan faktor yang mempengaruhi Kegagalan IVF.

Kegagalan IVF bukan sesuatu yang luar biasa. Dalam amalan klinikal, terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi hasil rawatan.

Masalah kesuburan mempunyai pelbagai punca, dan diagnosis yang tepat adalah kunci kepada rawatan yang berkesan (Practice Committee of the American Society for Reproductive Medicine, 2021).

  1. Kualiti Embrio Tidak Baik
    Walaupun persenyawaan berlaku dalam makmal, tidak semua embrio berkembang secara optimum.
    Faktor yang mempengaruhi:
    • kualiti telur (ovum)
    • kualiti sperma
    • faktor genetik embrio
    Ini merupakan antara punca utama IVF gagal walaupun prosedur berjalan lancar.
  2. Embrio Tidak Melekat (Implantation Failure)
    Implantation failure berlaku apabila embrio tidak berjaya melekat pada dinding rahim.
    Antara faktor:
    • masalah ketebalan dinding rahim(endometrium thickness) & bentuk dinding rahim tersebut (trilaminar)
    • Jangkitan kuman di dalam dinding rahim
    • Masalah receptor di dalam dinding rahim
    • Hydrosalphinx,Endometrial polyp dan submucosal uterine fibroid
    • masalah hormon
    • Kepayahan ketika memasukkan embrio
  3. Umur & Rizab Ovari
    Dalam rawatan IVF di Malaysia, faktor umur masih penting, terutamanya selepas 35 tahun. Namun, umur bukan satu-satunya faktor dan penilaian menyeluruh tetap diperlukan.
  4. Masalah Rahim (Fibroid, Polip, Endometriosis)
    Keadaan seperti fibroid, polip dan endometriosis boleh mengganggu persekitaran rahim dan menjejaskan kejayaan IVF.
  5. Faktor Lelaki (Male Infertility)
    Masalah sperma seperti:
    • Jumlah berkurangan
    • Pergerakkan yang lambat
    • Kurang berkualiti
    boleh menjejaskan perkembangan embrio walaupun IVF atau ICSI digunakan.
  6. Gaya Hidup & Kesihatan
    Faktor harian yang sering diabaikan:
    • merokok
    • obesiti atau berat badan tidak seimbang
    • tekanan Emosi
    • tidur yang teruk
    • Pemakanan yang kurang sihat
    Ini boleh memberi Impak kepada keberjayaan rawatan kesuburan.

Berat badan yang terlalu rendah atau tinggi boleh menjejaskan keseimbangan hormon dan mengurangkan peluang kehamilan (Rich-Edwards et al., 2002).

  1. Jangkaan Tidak Realistik terhadap IVF
    Ramai pasangan menganggap IVF akan berjaya pada percubaan pertama. Hakikatnya, IVF adalah satu proses yang kadangkala memerlukan beberapa kitaran.

Peluang kehamilan meningkat secara kumulatif selepas beberapa kitaran IVF, menunjukkan bahawa kegagalan pertama bukanlah penamat (Smith, 2015).

Berapa Kali IVF Perlu Cuba untuk Berjaya?

Soalan seperti “berapa kali IVF perlu buat” atau “IVF berapa kali baru berjaya” sangat kerap ditanya di Malaysia.
Jawapannya bergantung kepada individu.
Secara umum:

  • Ada pasangan berjaya pada kitaran pertama
  • Ramai memerlukan 2 hingga 3 kitaran IVF atau lebih
  • Peluang kehamilan adalah kumulatif, di mana setiap kitaran memberikan maklumat tambahan untuk menambah baik rawatan seterusnya.

Dalam rawatan bayi tabung uji di Malaysia, pelan rawatan sering disesuaikan selepas setiap kitaran untuk meningkatkan peluang kejayaan.

Perjalanan rawatan kesuburan biasanya mengambil beberapa bulan, bergantung kepada diagnosis dan respons badan terhadap rawatan (NICE, 2013).

Apa Perlu Buat Selepas IVF Gagal?

Kegagalan IVF bukan bermaksud tiada harapan. Sebaliknya, ia memberikan maklumat klinikal penting untuk langkah seterusnya.

Risiko keguguran meningkat dengan usia, terutamanya selepas umur 35 tahun, disebabkan peningkatan abnormaliti kromosom (Nyobo Andersen et al., 2000).

  1. Semakan Semula Rawatan
    Doktor akan menilai:
    • respons terhadap ubat
    • kualiti embrio
    • keadaan rahim
  2. Ubah Strategi Rawatan
    Antara penyesuaian yang mungkin:
    • perubahan protokol hormon
    • penggunaan ICSI jika perlu
    • pembekuan embrio (freeze-all)
    • pemindahan embrio beku (FET)
  3. Pertimbangkan Ujian Tambahan
    Dalam kes tertentu, ujian tambahan seperti ujian genetik embrio atau penilaian rahim lanjut mungkin dicadangkan.
  4. Jaga Kesihatan Emosi
    Rawatan IVF boleh memberi tekanan emosi. Sokongan pasangan, keluarga dan komunikasi yang baik dengan doktor sangat penting.

Cara Meningkatkan Peluang Kejayaan IVF

Walaupun tidak semua faktor boleh dikawal, terdapat langkah praktikal yang boleh membantu meningkatkan peluang kejayaan IVF.

Sebelum IVF

  • capai berat badan sihat
  • kawal penyakit kronik jika ada
  • amalkan pemakanan seimbang
  • berhenti merokok

Semasa Rawatan IVF

  • patuhi jadual ubat dengan tepat
  • hadir semua temujanji pemantauan
  • elakkan aktiviti fizikal berlebihan

Selepas Pemindahan Embrio

  • kekalkan rutin harian yang normal
  • kurangkan tekanan
  • ikut nasihat doktor berkaitan ubat

Tidak perlu berehat secara keterlaluan kecuali dinasihatkan oleh doktor.

Peranan Klinik IVF dalam Menentukan Kejayaan

Selain faktor pesakit, kejayaan IVF juga bergantung kepada:

  • kepakaran doktor kesuburan
  • teknologi makmal embriologi
  • pemantauan rawatan yang teliti
  • pelan rawatan yang disesuaikan

Di Metro IVF, setiap pasangan dinilai secara menyeluruh bagi memastikan rawatan yang diberikan sesuai dengan keadaan individu.

Kesimpulan

IVF bukan sekadar satu prosedur, tetapi satu perjalanan yang melibatkan aspek fizikal, emosi dan perancangan.

Walaupun kegagalan boleh berlaku, peluang kehamilan masih boleh ditingkatkan melalui pendekatan yang tepat dan rawatan yang disesuaikan.

Langkah terbaik ialah mendapatkan konsultasi awal untuk memahami keadaan kesuburan anda dan merancang rawatan dengan lebih terarah.

Soalan Lazim (FAQ IVF Malaysia)

1. Kenapa IVF boleh gagal walaupun semua nampak normal?

Kerana terdapat faktor yang tidak dapat dilihat secara langsung seperti kualiti embrio atau proses implantasi.

2. Berapa kali IVF biasanya berjaya?

Ramai pasangan berjaya dalam 2 hingga 3 kitaran, tetapi ia berbeza mengikut individu.

3. Adakah IVF gagal bermaksud saya tidak boleh hamil?

Tidak. Ramai pasangan berjaya hamil selepas beberapa percubaan IVF.

4. Apa peluang IVF berjaya di Malaysia?

Kadar kejayaan bergantung kepada umur, kesihatan dan faktor kesuburan individu.

5. Perlukah rehat lama selepas IVF gagal?

Tidak semestinya. Doktor akan menentukan tempoh sesuai berdasarkan keadaan pesakit.

6. Bolehkah saya cuba IVF lagi selepas gagal?

Ya. Dalam banyak kes, peluang meningkat selepas pelan rawatan disesuaikan.

7. Adakah IVF menyakitkan?

Kebanyakan prosedur tidak menyakitkan dan dilakukan dengan pemantauan rapi.

8. Apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan peluang IVF berjaya?

Amalkan gaya hidup sihat, ikut nasihat doktor dan hadir semua temujanji rawatan.

9. Adakah IVF sesuai untuk semua pasangan?

Tidak semestinya. Penilaian kesuburan diperlukan untuk menentukan rawatan yang paling sesuai.

10. Bila masa terbaik untuk berjumpa pakar IVF di Malaysia?

Jika telah mencuba hamil:

  • lebih 12 bulan (bawah 35 tahun)
  • lebih 6 bulan (35 tahun ke atas)

atau jika mempunyai masalah kesuburan yang diketahui.

Langkah Pertama Bermula Di Sini

Ambillah langkah pertama dengan yakin dalam usaha menimang cahaya mata. Hubungi Metro IVF untuk sesi konsultasi dan ketahui pilihan ujian kesuburan yang dirangka mengikut keperluan anda.