#IVFMampuMilik
IVF Rahmah Rakyat
Sejajar dengan inisiatif Payung Rahmah Belanjawan 2024 dan bersempena meraikan ulang tahun Metro IVF ke-28, pakej IVF Rahmah Rakyat merupakan satu peruntukan RM1 juta kepada golongan sasar B40 yang sedang cuba untuk hamil.
Peruntukan ini akan memberi peluang kepada 280 pasangan untuk menerima subsidi rawatan IVF pada harga mesra rakyat di samping mempunyai kadar kejayaan yang tinggi.
Program IVF Rahmah Rakyat akan merangkumi kos:
– Yuran doktor pakar
– Konsultasi & imbasan ultrasound dalam kitaran IVF
– Yuran doktor bius
– Bilik bedah & wad
– Perkhidmatan jururawat
– Caj makmal kesuburan
– Ubat dan suntikan stimulasi telur
– Prosedur pengutipan telur (OPU)
– Intra-Cytoplasmic Sperm Injection (ICSI)
– Pengkulturan embrio & blastosis
– Pemindahan embrio segar
– Ubat sokongan luteal 10 hari selepas pemindahan embrio
– Ujian darah BhCG kehamilan